• News

Notis Pelawaan Penawaran dan Pengendalian Program Latihan

Institut Geologi Malaysia (IGM) menjemput syarikat/organisasi yang berwibawa dan berpengalaman yang berminat untuk mengemukakan cadangan secara Request For Proposal (RFP). RFP hendaklah merangkumi kajian pasaran dan kaedah perkongsian pendapatan atau keuntungan. 

Syarat Umum:

Syarikat/organisasi hendaklah:

  • Mengemukakan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan jelas menunjukkan status pemilikan.
  • Mengemukakan penyata kewangan tiga (3) bulanterkini yang disahkan oleh pihak bank. 
  • Menyediakan latar belakang/profil syarikat dengan jelas menunjukkan carta organisasi, senarai pekerja dan rekod projek terdahulu.
  • Syarikat yang dimiliki oleh ahli geologi professional (P.Geol) akan diberi keutamaan. 
  • Syarikat yang bukan dimiliki oleh ahli geologi professional (P.Geol) diwajibkan mempunyai staf ahli geologi yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi Malaysia (BOG); sekurang-kurangnya bertaraf Ahli Geologi Siswazah (GG) semasa permohonan dibuat dan semasa program berlangsung.
  • Pemilik syarikat atau staf ahli geologi tersebut hendaklah wajib berdaftar dengan IGM dan mempunyai rekod sebagai ahli IGM yang aktif. 

Tafsiran:

Latihan/Training: bermaksud proses pemindahan ilmu pengetahuan bertujuan menambah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan dan tuntutan semasa dalam organisasi. Ia meliputi konvensyen, kursus, bengkel / retreat, makmal (lab), seminar / taklimat, kolokium, forum, simposium, lawatan rasmi / korporat / sambil belajar, klinik kaunseling dan lain-lain program yang memenuhi definisi latihan.

Pakej/Package: bermaksud tawaran yang dibuat merangkumi kombinasi daripada mana-mana item kemudahan latihan seperti penginapan, makanan, dewan, bilik latihan, peralatan dan bahan yang berkaitan dengan latihan daripada penyedia kemudahan latihan yang berkeupayaan dan berkemampuan.

Penganjur/Organiser: bermaksud pihak yang menganjurkan program yang berkenaan

Penganjur Bersama/Co-organiser: bermaksud pihak-pihak yang secara bersama menganjurkan program yang berkenaan dengan kaedah-kaedah perbelanjaan kewangan yang dipersetujui bersama 

Rakan kerjasama/Collaborator: bermaksud pihak yang bekerjasama menganjurkan program yang berkenaan tanpa melibatkan kewangan

Disokong oleh/Supported by: bermaksud pihak yang menyokong menganjurkan program yang berkenaan tanpa melibatkan kewangan 

Penyedia perkhidmatan/Service provider: bermaksud pihak yang akan menyediakan perkhidmatan bagi sesuatu program berdasarkan spesifikasi IGM yang mana pihak penyedia perkhidmatan memberikan cadangan harga/kos.

Mata Pembangunan Profesional Berterusan/CPD point: bermaksud sebagai mengekal, menambahbaik dan memperluas  pengetahuan dan kemahiran secara sistematik serta membangunan kualiti  peribadi untuk melaksanakan tugas profesional dan teknikal sepanjang hayat  kerja ahli yang berdaftar dengan Lembaga Ahli Geologi Malaysia. CPD adalah komitmen holistik profesional ke arah peningkatan kemahiran peribadi dan kecekapan sepanjang kerjaya mereka.

Peserta/Participant: bermaksud orang yang mendaftar untuk sesuatu program dan telah selesai membuat pembayaran. 

Bayaran/fee: bermaksud kadar cas yang dikenakan kepada peserta oleh pihak penganjur bagi sesuatu program.

Cadangan:

MOD PROGRAM

PERANAN IGM

PERANAN RAKAN KERJASAMA

FORMULA PEMBAYARAN

Dalam Talian (On-line) yang diatur oleh IGM

 

Service Provider

 
  • cari speaker, surat lantikan
  • iklan/poster/hebahan
  • pendaftaran peserta
  • kewangan/rekod bayaran
  • sijil penyertaan
  • permohonan mata CPD dengan BOG
  • laporan program
  • semua kos ditanggung oleh IGM (payment to speaker, etc)
  • sediakan platform & link with FB /website; man-power/ technician 
  • acceptance participant semasa event
  • Formula pendapatan yang diterima
  • 15% dibayar kepada rakan kerjasama daripada jumlah collection fee
  • formula bayaran:
    • 1-2 jam: free
    • (hours/day)
    • 3 jam: 
    • 4 jam: 
    • half day: 
    • full day: 
    • minimum charge: 

Dalam Talian (On-line) yang diatur oleh IGM

 

Event manager

 
  • melantik event manager
  • cari speaker, surat lantikan
  • pendaftaran peserta
  • kewangan/rekod bayaran
  • sijil penyertaan
  • permohonan mata CPD dengan BOG
  • laporan program 
  •  semua kos ditanggung oleh IGM (payment to speaker, etc)
  • sediakan flyer dan war-war/sebaran di luar IGM
  • sediakan platform & link with FB/website
  • acceptance participant semasa event
  • pembekal perkhidmatan mencadangkan kadar:

Dalam Talian (On-line) yang diatur oleh pihak ke-tiga (3rdparty)

IGM sebagai Co-organiser: 

  • menapis permohonan
  • menapis kelayakan speaker
  • menapis modul/content
  • keluarkan surat lantikan/ approval to conduct event
  • Surat penghargaan kepada speaker dan sijil peserta/penyertaan disediakan bersama dengan IGM dan 3rdparty
  • Mengemukakan permohonan untuk menganjurkan program kepada IGM (isi borang/ email/surat)
  • mencadangkan kadar fee penyertaan kepada ahli IGM
  • FOC 4 seat kepada IGM Council Member 
  • Permohonan mata CPD kepada BoG
  • Memohon kebenaran guna logo IGM
  • Semua kos ditanggung oleh pihak penganjur termasuk penyediaan platform 
  • Kemukakan kepada IGM; CV speaker, modul, jadual/tentatif program
  • 3rd party yang mencadangkan kadar bayaran kepada IGM.
  • Minimum 10% daripada pendapatan dibayar kepada IGM