Seminar BENCANA 2017

    From October 22, 2017 until October 24, 2017
    Hits: 406

    Seminar BENCANA 2017 ini adalah selari dengan keperluan semasa untuk mengkaji dan menilai pelbagai aspek dan dimensi isu bencana alam yang berlaku di Malaysia. Bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, hakisan pantai dan sungai, gempa bumi, taufan dan jerebu telah memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat terutama dalam aspek ekonomi, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan.

    Seiring dengan perkembangan ini, Natural Disaster Research Centre (NDRC) akan menganjurkan seminar bencana alam siri ke 4 yang berkaitan dengan pengurusan bencana alam dan menjemput penyertaan dari pelbagai institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan, agensi swasta dan institusi penyelidikan lain di seluruh negara.

    Sasaran Peserta

    • Agensi kerajaan dan penggubal dasar
    • Golongan pendidik, akademik, penyelidik dan pelajar pascasiswazah
    • Golongan profesional dengan kepakaran berkaitan bencana alam
    • Sektor swasta yang berminat dengan kajian bencana alam

    Untuk maklumat lanjut, sila muat turun brosur di bawah.